(Pengenalan)
Pengenalan Tentang AURA
Aura manusia adalah medan tenaga dan pantulan tenaga hayat dalam badan kita.
Tenaga ini membentuk diri kita, siapakah diri kita dan sebaliknya aura itu akan menjadi lebih baik atau lebih teruk disebabkan oleh persekitaran kita dan cara hidup kita. Aura juga membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan kita, perwatakan kita, aktiviti mental kita dan keadaan emosi kita. Aura juga boleh menunjukkan atau mengesan penyakit , selalunya lama sebelum simptom-simptom penyakit menunjukkan kesannya.
Aura pada manusia berperanan bagi menerangkan kekuatan gelombang eletrik yang di pancarkan dari pusat tenaga yang ada didalam tubuh manusia yang di namakan cakra, yang menyamai cahaya pelangi (sebenarnya tidak, kami merumuskan hanya pada cahaya utama sahaja).
Lingkaran cahaya ini mengandungi medan tenaga magnet, bio energy dan lain lagi.Warna merupakan satu ukuran tenaga bagi sesuatu gelombang. Maknanya warna Aura merupakan satu ukuran tenaga dalam diri seseorang. Sekiranya ada kelemahan pada organ-organ tertentu ianya akan di pengaruhi oleh Aura ini. Kelemahan tersebut dapat di seimbangkan dengan memancarkan Aura ke arah organ yang bersangkutan.
Aura berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan juga tahap kerohanian seseorang. Apabila kita merawat seseorang , pertama sekali kita perlu periksa bentuk Aura dahulu. Apabila Aura nya lengkung kebelakang dan kedepan, ini menandakan sistem Metabolisma tidak seimbang di bahagian tertentu, keseimbangan kimia tidak harmoni, pengunaan dadah dan lain lagi.
Kalau ada warna hitam atau warna biru tua disekitar tubuh anda bererti anda mengalami suatu penyakit atau gangguan fizikal yang belum zahir untuk menjadi penyakit. Apabila warna gelap di sekitar kepala, mungkin anda sedang stress atau gangguan pada pikiran dan perasaan anda. Setiap gangguan fizikal selain harus di terapi secara medikal atau terapi Aura / gelombang. Selain itu anda juga perlu diterapi dengan bantuan terapi cahaya. Melalui kamera Kirlian kita boleh melihat paduan warna yang melingkar disekitar tubuh kita, namun kita juga dapat merasakan aura tersebut.
Berdekatan kepada kulit kita adalah Aura etherik. Aura itu berwarna pucat dan berjaluran sempit mengelilingi luar badan kita dan selalunya tidak lebih dari setengah inci lebarnya. Ia lebih menyerupai asap berwarna keruh memanjat mengelilingi badan kita.
Aura utama adalah melekat mengelilingi badan kita seperti awan. Bayangkan seorang manusia yang mana satu gelung cahaya yang tebal jatuh menimpa mereka dan kita akan dapat gambarannya yang mana begitulah rupa aura utama yang melingkari badan kita. Cahaya ini terpancar dari pusat fizik (cakra). Tenaga dasar ini keluar memancar secara menegak dari bumi tempat kita berpijak menerusi kaki kita dan seterusnya memasuki cakra-cakra yang terdapat dalam badan kita, seperti mana yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan yang menerima air. Tiap-tiap cakra tersebut adalah seperti sebuah transformer atau janakuasa biologi yang menjanakan tenaga dari berbagai jenis warna. Kekuatan, aktiviti dan ton warna pada tiap-tiap cakra bergantung kepada perwatakan, personaliti, keadaan emosi dan cara hidup seseorang itu. Bersama-sama dengan faktor tersebut mereka menjanakan keamatan aura.
Izinkan ianya bermula dengan kisah penciptaan manusia… Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling hebat. Jika dibandingkan dengan makhluk lain manusia lebih mulia kerana Allah SWT telah menganugerahkan otak yang mampu melakukan pelbagai perkara. Sejak azali lagi manusia telah melalui proses evolusi hinggalah ke hari ini ia masih berkembang dan akan terus berkembang.
Kajian ahli sains menyatakan bahawa kebanyakan manusia, sejak dilahirkan hinggalah saat kematiannya hanya menggunakan dan meneroka 6% daripada jumlah otaknya. Ini membawa maksud manusia tidak pernah menggunakan otaknya secara maksimum demi mencapai dan melakukan perkara yang diinginkan ke satu tahap yang paling cemerlang. Alangkah baiknya jika kita dapat meningkatkan penggunaan otak ini ke satu tahap yang lebih tinggi daripada biasa. Sekirannya manusia dapat menggunakan dan menumpukan pemikirannya ke satu tahap yang lebih tinggi daripada biasa, sudah pasti mereka dapat membaiki kehidupan seharian mereka dengan lebih baik.
Manusia boleh membentuk cara pemikirannya untuk mencapai kejayaan. Kita boleh meramalkan kejayaan dan kegagalan masa depan kita dengan berpandukan cara pemikiran kita sekarang. Itulah matlamat yang patut dimiliki untuk diri kita; matlamat untuk hidup dengan jayanya dan menjadi individu yang kreatif. Dan kejayaan itu boleh kita rancangkan mulai sekarang dengan cara membentuk cara pemikiran kita hari ini.
Cara kita membentuk pemikiran kita amatlah mustahak kerana,walaupun baik atau jahat, kuat atau lemah, pembentukan itu akan menjadi realiti. Pemikiran itu adalah asas yang tersembunyi bagi menentukan perlakuan. Jika kita membentuk pemikiran kita dan menguasai minda kita sepenuhnya dengan kejayaan, perbuatan yang akan mendatangkan kejayaan akan menyusul kemudian Namun ramai antara kita tidak hidup sebagai manusia yang mempunyai pegangan kukuh dan teguh. Kita tidak menggunakan tenaga dan kekuatan yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT.
Pada dasarnya setiap manusia memiliki apa yang disebut dengan tenaga dalam, cuma mereka tidak mengetahui bagaimana cara membangkitkan atau mengembangkannya. Tenaga dalam itu wujud sejak manusia dilahirkan. Tetapi tenaga itu masih pasif dan hanya akan bangkit apabila orang tersebut berada dalam keadaan panik, situasi yang cemas dan ketakutan yang luar biasa.
Pelangi adalah contoh AURA
Ada apa dengan AURA?
Secara umum gelombang medan elektromagnetik yang menyelubungi tubuh manusia ini dikenal dengan nama Aura. Aura adalah suatu bentuk tenaga yang boleh diperolehi dengan berbagai cara. Tenaga ini berasal dari dalam tubuh manusia dengan berbagai macam kegunaan, misalnya untuk pertahanan diri, perubatan, dan sebagainya. Apabila keseimbangan aura didalam tubuh sesorang terganggu, ia akan menyebabkan sesorang itu mudah menerima gangguan dari segi fizikal,mental.emosi dan spiritual.
Aura bukan khusus untuk sesuatu masyarakat atau bangsa sahaja tetapi ia dimiliki oleh setiap manusia yang sedar akan keistimewaan ini. Dalam masyarakat cina ia dikenali dengan nama ‘chi’ yang diperolehi melalui latihan senaman tai chi. Bagi pengamal senaman Pernafasan ia dikenali dengan nama ‘prana’. Manakala bagi bangsa Jepun atau pengamal senibeladiri Karate atau Aikido, aura ini dikenali dengan nama ‘ki’. Bangsa Melayu lebih sinonim dengan nama tenaga dalam. Bagi pembaca setia komik anda tentu biasa dengan kuasa putaran medan magnetik, kuasa penyatu-paduan sel-sel dan lain-lain istilah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik sangat apabila anda melihat apa yang di lakukan oleh David Copperfield, cuma anda tidak mengetahui caranya saja. Apabila anda mengetahuinya… ia cuma perkara yang biasa saja… Ilmu pernafasan aura mempunyai beberapa kebaikan yang boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri atau orang lain. Antaranya termasuklah memiliki kesihatan yang mantap dari segi fizikal dan mental, menambahkan keyakinan dan personaliti berkarisma dalam diri, menguatkan kekuatan minda dan fizikal seseorang, merawat penyakit diri sendiri dan juga orang lain serta mengingati pelajaran dengan lebih berkesan.
Pada masa ini ilmu pernafasan aura telah mendapat perhatian dari semua golongan tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Ia juga merupakan satu cabang bidang sains yang berkaitan dengan biologi manusia. Kemajuan teknologi optik boleh membuktikan kewujudan gelombang elektromagnetik tubuh secara fizikal dengan hasil foto menggunakan Kamera Kirlian yang dicipta oleh Kirlian, seorang genius berbangsa Rusia. Kamera tersebut dikenali dengan nama Aura Camera 6000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan